SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1950 yang nama asalnya ialah English School Mersing.  Ketika itu Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantarnya.

Diawal penubuhannya sekolah ini beroperasi dengan menumpang bangunan pentadbiran ‘Timbalan Setia Johor (JMF) yang terletak di Jalan Ismail, Mersing.

Pada peringkat awalnya lagi sekolah ini telah disediakan asrama untuk pelajar-pelajar yang jauh terutamanya pelajar-pelajar kawasan Endau dan pulau-pulau.

Apabila Pelajaran Menengah diujudkan – muridnya belajar di bangunan yang sama dengan ditadbirkan oleh dua orang Guru Besar iaitu Guru Besar untuk bahagian menengah dan Guru Besar untuk bahagian rendah.

Apabila bahasa penghantar bertukar daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu nama sekolah ini pun ditukar daripada Government English School kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Mersing.

Pada tahun 1972 berpindah ke bangunan baru yang ada sekarang dan bangunan lamanya diambil alih sepenuhnya oleh Sekolah Menengah Sri Mersing.

Dalam tahun 1977  sekolah ini menjadi induk bagi Sekolah Cawangan Sek. Keb. Pengkalan Batu dan pada tahun 1982 pula menjadi induk kepada Sekolah Kebangsaan LKTP Tanggaroh 1 Mersing. 

Sekolah ini telah dirasmikan pada 11 Julai 1977 oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Kadir bin Talib yang ketika itu sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

[muka depan][latarbelakang][ tenaga pengajar ][ aktiviti-aktiviti][ kejayaan] [ lagu sekolah]